Sulit
3 tahun
Masalah cecair kuning
sy berumur 25tahun.sy mengalami sedikit cecair kuning keluar dari anus…dan sering sakit belakang…ubat apakah yang patut sy ambil…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan. Terdapat banyak soalan lain yang perlu ditanyakan untuk pihak kamu memahami masalah sebenar anda.
Namun, untuk masalah sakit belakang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.