Sulit
4 tahun
Masalah cepat kering
Salam, saya nak tanya. Jikalau ada masalah cepat kering bila bersama suami, boleh ke guna air liur? Kalau guna air liur, percentage nak pregnant boleh ke?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, penggunaan air liur tidak digalakkan dan ia lebih cepat kering. Anda boleh menggunakan pelincir untuk mendapatkan hubungan seks yang lebih sihat bersama suami. Untuk pengetahuan anda, faraj kering boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- kurang ransangan
- hormon tidak seimbang
- menopause
- breastfeeding
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































