TanChong

5 tahun

Masalah cepat pancut

"SAYA berusia 33 tahun dan telah berkahwin 4 tahun lalu. Saya menghadapi dilema di mana saya mempunyai masalah ejakulasi pra matang.

Masalah ini mungkin berpunca dari perbuatan kerap mengeluarkan air mani sendiri. Oleh itu, saya ingin meminta nasihat dan pandangan doktor berpandukan kepada beberapa soalan di bawah:

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ejakulasi pra matang?
Saya ada terbaca artikel mengesyorkan rawatan untuk masalah ini seperti penggunaan krim dan pil, amalan senaman dan penjagaan makanan. Bolehkah doktor beri ulasan lanjut mengenai rawatan yang disyorkan?

Apakah kesan daripada rawatan yang disyorkan?

Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai satu lagi masalah iaitu perasaan berdebar-debar atau anxious. Adakah ini salah satu faktor atau punca yang mengundang masalah ejakulasi pra matang?

Apakah kesan jangka panjang dari masalah ejakulasi pra matang ini? (Contoh masalah mati pucuk atau lain-lain)

Saya ada membaca mengenai krim Virile di mana ia digunakan untuk merawat masalah ini. Pada pandangan doktor, adakah krim ini selamat digunakan dan terjamin boleh merawat masalah ini?"

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, Selamat Sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat beberapa rawatan yang sesuai. Yang pertama ialah rawatan psikoterapi. Encik menyatakan bahawa encik berasa anxious, ini adalah antara salah satu faktor utama yang menyumbang kepada ejakulasi pramatang.

Yang kedua ialah beberapa senaman yang encik boleh lakukan, iaitu ‘stop-start’ exercise dan senaman otot pelvik. ‘stop-start’ boleh dilakukan ketika masturbasi, dengan cara menghentikan ransangan kepada alat kelamin ketika terasa ingin ejakulasi dan tahan sehingga hilang perasaan tersebut.

Yang ketiga terdapat juga krim yang berfungsi mengurangkan ransangan terhadap alat kelamin. Ubat seperti SSRI jugak boleh merawat ejakulasi pramatang.

Kesan jangka masa panjang ejakulasi pramatang bergantung kepada penyebab masalah ini. Selain kesan fizikal, ia juga boleh menggangu emosi dan keyakinan diri, serta merosakkan kebahagian rumah tangga jika tidak dirawat.

Tidak ada bukti saintifik krim Virile berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang. Dan kesan sampingan penggunaan ubat ini juga masih tidak jelas.

Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda.

Walaupun penyebab sebenar ejakulasi pramatang tidak diketahui, serotonin mungkin memainkan peranan. Serotonin adalah bahan semulajadi yang dibuat oleh saraf. Jumlah yang rendah dapat memendekkan waktu untuk ejakulasi, dan menyebabkan ejakulasi pramatang.

Terapi psikologi, terapi tingkah laku, dan ubat-ubatan adalah rawatan utama untuk ejakulasi pramatang. Lebih daripada satu jenis rawatan boleh digunakan pada masa yang sama. Ubatan seperti fluoxetine, paroxetine, sertraline dan clomipramine biasanya digunakan untuk merawat. Krim atau semburan juga boleh digunakan untuk merawat. Krim ini diletakkan di atas kepala zakar sekitar 20 hingga 30 minit sebelum bersetubuh.

Sekiranya saudara selalu berdebar atau cemas, anda perlu lebih menenangkan diri kerana faktor ini akan menjejaskan hubungan intim bersama pasangan anda. Hal ini juga merupakan antara faktor psikologi yang menyebabkan berlakunya ejakulasi pramatang. Terapi kelakuan menggunakan senaman untuk membantu membina toleransi untuk menunda ejakulasi.

Dengan teknik mudah disenaraikan di sini, kira-kira 95 daripada 100 lelaki akan pulih daripada ejakulasi pramatang. Sekiranya masalah ini masih berlaku, teruskan bekerjasama dengan doktor anda untuk mencari penyelesaian.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hai, terima kasih dia atas pertanyaan anda.

Antara punca-punya yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang ialah perasaan gemuruh ketika bersama pasangan semasa hubungan seksual. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa punca fizikal lain yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang. Ketidakstabilan tahap horomon di dalam badan, masalah di pada organ tiroid, keradangan serta jangkitan pada prostat, kecederaan urat saraf ataupun trauma juga merupakan beberapa punca yang boleh ditemui ketika pemeriksaan dijalankan.

Cara-cara yang boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada mendapat masalah ini bermula daripada mengelakkan daripada punca-puncanya berlaku. Masalah-masalah perubatan pula haruslah dirawat dengan mendapatkan bantuan daripada seorang doktor. Terdapat senaman yang dipanggil senaman Kegel yang mana ianya akan dapat melatih seseorang itu untuk mengawal otot perineum yang mengawal pelepasan air mani daripada kemaluan.

Merujuk kepada persoalan mengenai mati pucuk pula, ianya mempunyai punca yang berbeza daripada ejakulasi pramatang. Hal ini kerana, punca-puncanya melibatkan pelbagai sistem di dalam badan seperti saluran darah, urat saraf dan hormon. Sakit jantung, kencing manis, kolstrol tinggi, obesiti, multiple sclerosis, merokok, peminum alkohol, Parkinson's disease, masalah prostat dan juga masalah psikilogi turut boleh menyebabkan mati pucuk.

Jadi sekiranya seseorang itu mengalami mati pucuk, semakan perubatan yang terperinci perlu dijalankan untuk mencari punca-punca yang boleh menyebabkan ianya berlaku.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)