
Sulit
5 tahun
Masalah cyst ovari yang berulang
Saya wanita berumur 38th. 3 tahun yang lepas saya telah menjalani pembedahan ceasarean kerana cyst ovari. 6 bulan yang lepas cyst tersebut kembali semula berukuran sekitar 7cm dan sekarang cyst tersebut juga didapati semakin membesar hampir 8cm. Doktor telah menyarankan supaya pembedahan dijalankan sekali lagi memandangkan ukuran cyst telah sedikit membesar. Doktor tersebut tidak pernah memberitahu cyst ovari yang saya alami tergolong cyst yang mana. Doktor tersebut juga tidak dapat memastikan sama ada cyst tersebut normal cyst atau tidak dan tidak dpt menolak kemungkinan kanser. Ultrasound mnunjukkan ianya adalah kanser dan hasil ujian darah juga menunjukkan bukan kanser. Tetapi doktor tersebut mengatakan ultrasound dan keputusan darah adalah tidak dapat diambil kira 100%. Pada ketika ini saya memohon tempoh dari doktor selama 3-6 bulan untuk membuat pembedahan atau tidak kerana jujur saya mahu mencari ubat alternatif bagi mengecutkan dan menghilangkan cyst ini terlebih dahulu. Saya juga telah mula memakan supplemen 4life pada ketika ini. Mohon pandangan doktor berhubung masaalah saya ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Ovarian cyst adalah penyakit biasa. Mereka boleh berlaku semasa tahun remaja atau selepas menopaus. Kebanyakan ovarian cyst adalah jinak (bukan kanser) dan pergi sendiri tanpa rawatan. Amat jarang sekali ovarian cyst menjadi kanser.
Sesetengah ovarian cyst boleh menyebabkan rasa sakit yang lemah atau tajam di dalam perut dan sakit semasa aktiviti tertentu. Ovarian cyst yang lebih besar boleh menyebabkan ovari terputar. Maka, mungkin itulah sebab mengapa doktor mencadangkan anda untuk membuang cyst tersebut. Akan tetapi, kebanyakan cyst adalah fungsional yang mana bermaksud ia akan hilang sendiri dalam 6-8 minggu tanpa perlu perawatan. Justeru, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda untuk menunggu dahulu beberapa minggu sebelum melakukan penilaian atau scan ulang terhadap cyst anda. Tidak perlu menunggu sehingga berbulan-bulan.
Merujuk kepada keterangan tentang cyst sebelum ini, sebetulnya pembedahan caesarean adalah pembedahan untuk melahirkan bayi, bukan untuk membuang cyst. Malah, adanya cyst sahaja tidak cukup menjadi indikasi untuk dilakukan pembedahan caesarean. Sebaiknya anda konfirmasi ulang maklumat kesihatan anda terhadap doktor anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.