
Sulit
4 tahun
Masalah dalaman wanita..saya. tak tahu nak bertanya kepada siapa
beberaa hari yang lalu,saya menyedari ada satu ketulan di sekitar luaran dubur…bila saya melihat melalui cermin,ia bukan sejenis buasir,ia agak pejal dan berwarna putih.bila saya nk buang ketulan tu,ia tak keluar…tapi saya membuang tidak merasa sakit sma sekali…besar benda tu sekitar 0.3cm…minta penjelasan dokter…saya keliru apa benda tu sebenarnya…terima kasih .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi. Antaranya:
- buasir
- fistula pada anal
- radang rektum
- Ketumbuhan
Antara langkah-langkah yang boleh diambil anda bagi mengurangkan masalah buasir ini adalah:
- Makan sayur-sayuran dan makanan berserat banyak
- Perbanyakkan minum air kosong
- Tidak meneran dengan kuat ketika membuang air besar
- Seeloknya menggunakan tandas cangkung untuk membuang air besar
- Memastikan kebersihan pada kawasan dubur agar tidak dijangkiti kuman
- Tidak mengambil ubat yang boleh mencairkan darah seperti aspirin
Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor segera sekiranya mengalami komplikasi seperti:
- Pendarahan yang sukar dikawal
- Merasakan ketulan buasir di luar dubur yang sukar ditolak masuk
- Jangkitan pada buasir - gejala seperti demam, kegatalan dan kesakitan pada kawasan dubur
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat bagi melegakan kesakitan atau kegatalan pada kawasan dubur anda akibat buasir ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.