
syanura
5 tahun
Masalah darah haid pekat dan berketul
saya wanita 29 tahun telah berkahwin 3 tahun dan belum mempunyai anak…sebelum ni kitaran haid saya 30 - 35 hari dan aliran darah normal seperti biasa… tetapi sejak 3 bulan yang lepas kitaran haid saya jadi pendek 15-17 hari sahaja…saya akan haid 2 bulan sekali…dan darah yg keluar sikit dan berketul…saya terpaksa korek kedalam untuk keluarkan darah dan saya tak perlu pakai tuala wanita…cramp perut atau senggugut juga tiada…
saya ingin bertanya adakah normal apa yg berlaku pada saya? ada tak apa2 pil untuk cairkan darah haid yang saya bole beli di farmasi tanpa perlu berjumpa doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tiadanya ubat yang boleh mencairkan darah haid. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.