Sulit
5 tahun
Masalah darah haid yang berhenti setelah melakukan hubungan seks dan saya risau mengandung
Saya wanita baru berusia 19 tahun. Saya nak tanya, saya melakukan hubungan sex pada hari kedua saya dtg haid. Namun masuk hari ke-3 hari ini tiada darah pada pad yang saya pakai. Adakah masalah ini kerana saya melakukan hubungan tersebut. Dan dia melepaskan sperm ke dalam saya, mungkinkah saya boleh mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda. Pertama sekali, anda disarankan untuk sentiasa menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks. Kondom boleh mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang jika digunakan dengan betul selain melindungi anda daripada penyakit-penyakit kelamin. Isu tidak keluar darah haid pula bukan sesuatu masalah. Oleh kerana anda melakukan hubungan seks ketika anda masih keluar darah haid, ini boleh memendekkan jangka masa haid anda buat kali ini. Kemungkinan untuk kehamilan sentiasa ada sekiranya anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Walaupun ia dilakukan pada waktu haid, sperma boleh hidup selama 3 hari di dalam rahim anda. Ini memberikan waktu yang cukup untuk pensenyawaan berlaku sekiranya anda sedang berovulasi. Anda dinasihatkan untuk mengambil ujian kencing kehamilan. Untuk mengetahui cara yang betul menggunakan alat ujian kehamilan, sila rujuk panduan di sini (Ujian Kehamilan).
Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda. Terima kasih untuk soalan anda.























