
Anonymous
5 tahun
Masalah datang bulan. Kerana berhenti inject DEPO
Hai. Saya ibu kepada anak seorang perempuan berumur 4 tahun. Dan saya berumur 26tahun. Saya ada masalah doc. Saya berhenti pengambilan inject DEPO 20/10/2018. Selama saya mengambil inject itu saya tidak pernah datang bulan. Dan tahun ini 29/4/2019 baru saya datang bulan doc sehingga hari ini. Kadang berwarna merah kadang berwarna coklat sehari saya tukar pad sebanyak 4x. Termasuk bulan ini saya membeli pad sebanyak 7 kotak doc. Apakah ini di sebabkn kesan inject DEPO itu?? Saya ingin hambil kembali doc tapi apakan daya saya masih lagi datang bulan doc. Ini sudah mahu masuk bulan 7. Bulan ini kalau sudah masuk 29haribulan ia akan menjadi 2 bulan saya mengalami datang bulan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, pendarahan tersebut selalunya tidak disebabkan atau berkaitan dengan suntikan depo. Puan dinasihatkan untuk ke hospital dan berbincang dengan doktor pakar sakit puan supaya mereka boleh menjalankan konsultasi dan ujian bagi memastikan ia adalah sesuatu yang normal.
Ini bukan bermaksud semestinya hal ini disebabkan oleh penyakit, akan tetapi pengesahan dari doktor pakar adalah diperlukan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.