Anonymous
6 tahun
Masalah datang bulan yang berpanjangan
Selamat pagi doktor. Saya wanita berumur 22 tahun dan telah period selama 14 hari tetapi masih keluar banyak darah dan berwarna merah pekat. Adakah ini normal? Sebelum ini, saya sudah setahun tidak period.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid berlarutan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dalam sesetengah wanita terdapat variasi haid yang normal dan definisikitaran haid normal adalah berbeza bagi setiap wanita. Terdapat kemungkinan keadaan anda adalah normal bagi anda !
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































