Sulit
3 tahun
Masalah di Awal kehamilan
Isteri saya sedang hamil 8 minggu,bagaimanapun kami belum melakukan scan ultrasound kerana pernah pergi tetapi doktor kata tunggu week 9-10 untuk datang semula scan. Jadi sekarang isteri saya di minggu ke 8 mengalami mual,loya dan muntah yang teruk kemudian selalu juga merasakan kram perut yang bukan kerap tetapi ada masa masa nya terjadi. Adakah ia berbauaya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang isteri anda alami kebiasaannya berlaku ketika kandungan masih awal. Akan tetapi, gejala ini akan semakin berkurang setelah kandungan semakin membesar. Namun begitu, sekiranya masalah ini terlalu kerap dan semakin parah, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.