
Sulit
5 tahun
Masalah di kulit kemaluan
saya wanita berusia 20an dan belum berkahwin … masalah yang saya hadapi ialah ada ketumbuhan seperti daging warna coklat di bahagian kulit kemaluan , ia terjadi selepas saya mengalami luka ketika mencukur dan ia tidak sakit dan sudah beberapa bulan … apa ia sejenis penyakit yang berbahaya , adakah ia jangkitan kulat ,dan apakah rawatan yang sesuai ? terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Untuk maklumat anda, masalah anda ialah masalah kulit yang hanya boleh dikupas dengan lebih lanjut setelah doktor melakukan pemeriksaan fizikal. Hal ini kerana ianya boleh jadi ketumbuhan:
- Seborrheic keratoses
- Dermatosis papulosa nigra
- Sebaceous hyperplasia dan banyak lagi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.