
Anonymous
5 tahun
Masalah ejakulasi pra-matang
Saya telah berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Bagaimanapun, hubungan intim saya dan isteri, terakhir pada minggu sebelum bulan puasa lalu, telah membawa kesan yg besar dalam perhubungan kami. Isteri saya telah meluahkan rasa kecewa yg telah dipendam sekian lama perkahwinan kami. Kini beliau menyatakan telah fobia/ trauma untuk melakukan hubungan kelamin. Bukan sekadar itu, jangankan fore-play, nak peluk pun tak dapat. Katanya telah hilang kepercayaan kepada saya. Katanya saya kerap kali membiarkan dia ‘terkontang-kanting’ dan yg terakhir ini merupakan yg paling drastik. Saya sering membuat oral kepada beliau dan apabila beliau hampir climax, baru saya membuat penetrasi. Namun saya akui, yg kali terakhir, baru penetrate, saya dah ‘tewas’ sedangkan beliau masih belum ‘sampai’ lagi. Harap doktor dapat membantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Permasalahan ejakulasi pramatang adalah antara isu yang sering kali timbul didalam perkahwinan. Antara faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini adalah:
- Terlalu banyak ransangan
- Masalah dengan imej badan
- Penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, tinggi kolesterol dan penyakit jantung
- Faktor psikologi
Untuk membantu dalam permasalahan ini, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Amalkan gaya hidup sihat serta kawal penyakit kronik
- Kurangkan berat badan dan berhenti merokok
Sekiranya langkah-langkah tersebut tidak memberikan impak, anda boleh berbincang secara privasi mengenai ubat-ubatan yang bersesuaian dengan kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.