
kurasakiichigo360
6 tahun
Masalah Ejakulasi Pramatang
Saya lelaki berumur 26 tahun dan masih lagi belum berkahwin…sy terjebak dalam amalan onani ini selama 9 tahun…soalan sy, adakah masalah cepat pancut itu berpunca daripada onani? Dan macam mana nk atasi masalah cepat pancut? Terima kasih…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cepat pancut tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Namun begitu, kajian menunjukkan onani yang dilakukan dengan cara yang kasar seperti tanpa pelincir boleh menyebabkan masalah cepat pancut apabila bersama pasangan. Untuk mengatasi masalah pancutan pramatang ini, punca kepada masalah ini haruslah diketahui.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!