
Sulit
5 tahun
Masalah gatal di celah kelangkang sehingga naik biji2 putih
Saya berumur 32 tahun…mengalami kegatalan dicelah kelangkang dan alat sulit sehingga naik bintik2 putih…lagi digaru lagi gatalnya menjadi…minta rawatan apa perlu saya dapatkan ye…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, gejala utama yang terjadi yaitu gatal celah kangkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris (jangkitan kulat)
- seborrhoic dermatitis
- contact dermatitis akibat pemakaian
- candidiasis (sejenis kulat)
Untuk pengetahuan anda, kondisi kulit anda yang kering atau kencing manis juga mungkin menyebabkan masalah kulit. Justeru, anda boleh mengurangkan keluhan gatal akibat kering dengan cara:
- Menggunakan sabun yang lembut ataupun sabun bayi. Elakkan sabun-sabun antibakterial yang boleh mengeringkan kulit.
- Pastikan hidrasi anda baik dengan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari
- Sering menggunakan krim pelembap kulit
- Menukar baju, cadar dan tuala dengan kerap
- Gunakan baju dan pakaian dalam yang menyerap peluh
- Memastikan badan kering selepas mandi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.