
Anonymous
5 tahun
Masalah Gatal Pada Kulit
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya sering mengalami gatal2 pada kulit terutama di kawasan pelipat peha, betis, payudara dan punggung. Ia sering datang dan pergi. Setiap hari saya mengalami kegatalan ini. Ia juga berbintat kecil dan banyak. Mengapa ya.

5 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan gatal di pelipat peha, betis dan sebagainya seperti:
- Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh.
- Ruam haba (pakaian ketat dan penggunaan krim teba)
- Atopic dermatitis (merebak ke merata-rata badan, kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah)
- Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza. Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat supaya boleh mendapatkan rawatan yang paling sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.