Sulit
4 tahun
Masalah gatal pada vagina
Beberapa bulan kebelakangan ni, saya kerap mengalami masalah gatal pada vagina, termasuk bahagian, punggung dan paha dalam. Saya perasan kadang ada bintik2 halus pada kwsan gatal mungkin sebab garu. Minta doktor suggest krim or pencuci yang sesuai utk masalah sy. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
- Jangkitan kulit oleh virus, bakteria atau kulat
- Keputihan
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseaes)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain daripada itu, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang ubat-ubatan tanpa mengetahui dengan lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































