
Anonymous
5 tahun
Masalah haid belum datang
saya wanita berumur 19 . saya sudah berkahwin , saya hampir sebulan belum datang haid . tetapi banyak orang sekeliling menegur bentuk tubuh badan saya yang mengatakan saya sedang hamil . setelah itu , saya membuat keputusan untuk membuat ujian air kencing , tetapi hasilnya negatif . jadi perlukah saya menunggu dua atau tiga hari lagi untuk membuat ujian air kencing tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.