
Sulit
4 tahun
Masalah haid berpanjangan bg pihak adik ipar
Salam Sejahtera, bg pihak adik ipar sy nk tanya normal ke darah haid keluar melebihi 15hari & hari inu sudah masuk hari ke - 20 dan masih ada keluar darah haid. Perlu ke rujuk di klinik? Umur adik ipar 12 tahun… Adakah dikira boleh berpuasa or tak sbb setahu sy darah haid hanya 15 hari paling lama betul kan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan beliau mengalami masalah haid berpanjangan, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Sekiranya haid yang dialami melebihi 7 hari dan menyebabkan gejala, sila berjumpa dengan doktor segera. Beliau juga juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan beliau dan doktor pada masa hadapan.
Berkenaan dengan berpuasa, sekiranya beliau masih mengalami haid atau pendarahan, beliau tidak dapat berpuasa.
SIla berjumpa dengan doktor segera sekiranya beliau menunjukkan gejala ini:
- Lemah badan dan lesu
- Pucat
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Sesak atau sukar bernafas
- Pitam
- Sakit perut atau ari-ari
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.