Anonymous
6 tahun
Masalah haid berpanjangan
saya berumur 25 tahun…selepas saya melahirkan anak sulung saya yang kini berusia 1 tahun 8 bulan saya telah menggunakan perancang keluarga dengan kaedah cucuk perancang depo…
tapi 2 bulan yang lepas saya dah berhenti ambil perancang…seminggu selepas berhenti haid saya datang berpanjangan sehingga hari nie…apakah itu bahaya??mohon penjelasannya…
terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid berlarutan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh itu, maklumat tambahan dari pihak anda diperlukan nutk memastikan plan rawatan adalah bersesuaian dengan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































