
Sulit
5 tahun
Masalah Haid(Cyst buih)
Saya wanita berumur 26 tahun dan telah disahkan mengalami cyst buih. Saya sudah tidak haid dalam masa yang lama. Apakah cara untuk selesaikan masalah saya dokter?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh kerana masalah ini telah dibawa ke doktor dan telah pun di diagnos oleh beliau maka saya boleh membuat kesimpulan yang haid tidak teratur anda mungkin disebabkan oleh cyst tersebut. Kehamilan akan berlaku sekiranya cyst tersebut mengecil atau hilang. Saya cadangkan untuk anda membawa masalah ini kepada doktor anda kerana saya percaya beliau lebih mengetahui tahap kesihatan anda
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.