
Anonymous
5 tahun
Masalah haid dan hubungan seks
Sy berumur 22 tahun. Sy mengalami masalah kitaran haid yg lambat pd setiap bulan. Bulan lalu sy dtg haid pd awal puasa. Dan pd bulan ini belum lg haid. Sy telah mengadakan hubungan seks dan telah pancut dlm. Adakah sy berkemungkinan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan
Secara amnya, Tarikh subur seseorang wanita yang mempunyai haid yang teratur dijangakan pada hari ke 12 hingga ke hari 14. Namun begitu, ia bukan la tentu dan boleh berubah megikut corak kitaran haid , individu dan pelbagai faktor yang lain. Kebarangkalian untuk anda mengandung adalah tinggi sekiranya anda melakukan hubungan seks ketika waktu subur anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih