Sulit
4 tahun
Masalah haid dan penyelesaiaannya
Saya mempunyai tempoh kiraan haid 28 hari dan ada juga melebihi tempoh kiraan,soalan saya, last period pada 28/10/2021 dan tempoh selama 6 hari,sehingga hr ini masih belum datang period saya,cairan yang keluar berwarna putih telur yang jernih, pinggang dr atas sampai bawah terasa sakit sangat,mohon penjelasan doctor.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, haid lewat atau tidak datang boleh disebabkan oleh mengandung, tetapi masih ada sebab sebab lain perkara ini berlaku seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh ulangi ujian kehamilan sekiranya haid tidak datang selama sebulan, hal ini kerana kemungkinan hormon terlalu rendah untuk mengatakan anda hamil sekarang.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, puan boleh menghubungi doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

























