
Sulit
5 tahun
Masalah haid dan pertanyaan tentang cyst
saya wanita berumur 20 tahun. saya kerap mengalami senggugut yang sangat teruk dan period saya juga agak tidak teratur. kadang kadang period saya hanya 3 hari dengan darah yang sangat sedikit serta berwarna merah gelap kecoklatan. saya nak tanya adakah saya mempunyai masalah kesihat? adakah ia ada kena mengena dengan cyst? boleh saya tahu bagaimana cara untuk memeriksa cyst sama ada secara sendiri ataupun ke doktor. saya langsung tak tahu apa-apa tentang cyst dan cara untuk memeriksa. trrima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk pengetahuan anda, cyst hanya boleh dilihat melalui pemeriksaan ultrasonagraphy.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.