
Sulit
3 tahun
Masalah haid datang 2 kali sahaja dalam 3 bulan
Saya berumur 22 tahun, belum berkahwin. Haid saya datang sejak umur saya 10 tahun 6 bulan. Namun sejak sekolah menengah, haid saya hanya 2 kali dalam 3 bulan dan tempohnya dalam 4 hingga 7 hari sahaja. Jarak antaranya hari pertamanya pula antara 40-80 hari. Saya pernah memberitahu ibu, tetapi katanya ia normal. Namun melihat ibu saudara(sebelah bapa) yang mempunyai masalah datang haid serupa dan sukar hamil menyebabkan saya risau sekiranya saya juga akan mengalami kesukaran yang sama. Jadi, adakah memang ia normal atau sebenarnya satu penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan