Sulit
4 tahun
Masalah haid datang lewat
Saya wanita berumur 19 tahun dan mempunyai masalah haid yg datang sangat lewat. Haid saya tidak datang selama 7 bulan dan datang pada bulan kesembilan dalam keadaan darah yg sedikit dan tidak datang pada bulan seterusnya selama 7 bulan juga dan saya membuat keputusan untuk pergi ke klinik dan saya menerima ubat pil yg berwarna pink dan haid saya datang selepas 4 hari saya selesai menghabiskan ubat tersebut, doktor memberitahu untuk datang ke klinik sebulan selepas itu dan saya datang ke klinik selepas sebulan, doktor memberi jadual haid untuk diisi dan datang semula selepas 3 bulan, sekarang sudah masuk bulan ke tiga dan haid saya tidak datang selama 3 bulan ini. Soalan saya ialah, apakah tindakan yg mungkin akan diambil sekiranya saya hadir ke klinik selepas 3 bulan dan apakah sebarang kemungkinan yg menyebabkan ketidakabnormalan kitaran haid saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi 
























