Sulit
3 tahun
Masalah haid hanya datang pada hari pertama dan berhenti dengan serta merta
Saya berumur 24 dan belum berkahwin. Masalah yang sya alami, masuk bulan mei ini sya tidak mngalami haid seperti normal bermula April yg lalu. Sya memang mempunyai masalah datang haid dimana bln2 yg lepas sya mngalami haid yg berpanjangan lebih dari 2 mnggu… Tetapi pada bln April dan mei ini sya tidak mngalami haid. Dan sya hanya datang haid pada hari pertama dgn tanda2 darah kluar darah sedikit… Tetapi selepas sya membersihkan diri, darah haid sya berhenti Dan tidak ada lagi… Apakah punca sya mngalami gejala haid yg tidak lancar?? Dan adakah ini ada simptom2 pnyakit?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak lancar ataupun haid lewat boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.