
Sulit
5 tahun
Masalah Haid lewat DATANG LEBIH 269HARI
Saya berumur 26 tahun dan mengalami masalah hadi lewat sejak lepas universiti taun 2017 ketika usia 4 tahun. Saya berjumpa doctor dan diveritahu hormon bermasalah dan diberi ubat . Tapi hanya lancar seketika saya ke docyor lain dan diberi ubat hormon masih begini. Sekarang saya perasan berat badan saya naik mendadak dari mula sy makan ubat hormon ketika hsia 23 tahun 40kg dan skrg hmpir 55kg. Badan berasa berat,selalu bersendawa,mlm sy gagal2lelangit dan sy hilang confidconfident diri. Apa perlu sy buat doktor? Sy skrg consume set shaklee iaitu lecithin,cinch sake dan herb lax menhalami

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.