
Sulit
4 tahun
Masalah haid saya yang tidak teratur
Hi doktor sy umur 22 tahun slalu lewat dtg haid dlm 3 bln skali je, do i need to see doctor to check up? tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, punca haid anda tidak datang perlu dikenal pasti dahulu sebelum kami boleh memberikan kesimpulan jika anda perlu mengambil mercilon atau tidak. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid lewat seperti:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid yang sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu