Anonymous
6 tahun
Masalah haid (sedikit dan berpanjangan)
Hi, saya wanita dalam 20’an dan mengalami masalah haid yang datang sedikit (berwarna coklat) dan berpanjangan starting on 23/06/2019 until now. Appreciate if you could advise soonest what the solution for this issue. TQ 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kedatangan haid berpanjangan serta warna yang berlainan boleh disebabkan"
- Penggunaan pil perancang
- Pendarahan implantasi
- Polip/fibroid pada rahim/serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat-ubatan seperti aspirin/ibuprofen
Langkah-langkah yang boleh anda ambil ialah dengan:
- Rujuk doktor jika mengambil pil perancang
- Buat ujian kehamilan jika mengesyaki hamil
- Jika masalah disertai gejala lain seperti senggugut keterlaluan, haid terlalu lama atau tidak datang haid sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































