
Sulit
3 tahun
Masalah haid tidak datang yang membimbangkan
Hai doktor, saya seorang wanita lingkungan umur 20an. Saya ada masalah haid sejak akhir akhir ini. Saya tidak datang haid selama 4 bulan dan berat badan saya naik secara mendadak. Kemudian saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor kata mungkin disebabkan oleh perubahan hormon atau disebabkan pemakanan. Saya juga ada masalah apabila vagina terasa gatal disebabkan keputihan/cecair yang keluar. Doktor membuat ultrasound kerana bimbang ada cyst/tumor di rahim saya tapi semuanya baik baik saja. Kemudian doktor ada bagi ubat pecah darah. Selepas itu haid saya datang semula tapi kemudian tidak datang. Adakah saya perlu menjaga dengan lebih teliti pemakanan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan soalan anda, kami memahami bahawa anda sudah tidak datang haid selama 4 bulan beserta masalah peningkatan berat badan mendadak. Anda sudah membuat pemeriksaan ultrasound dan tiada masalah pada rahim. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon lain
- PCOS
- Kehamilan
Dalam keadaan tertentu, pemakanan yang sihat serta tahap BMI yang lebih optimum dapat membantu perbetulkan semula kitaran haid anda. Hal ini kerana, hormon wanita mudah terganggu dengan perubahan berat badan yang mendadak.
Keputihan pada wanita pula boleh disebabkan oleh banyak perkara lain seperti:
- Putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan
sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis. - Kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- Coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- Hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Bagi penjelasan lebih lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas taluan untuk mendapatkan maklumat serta rawatan lebih lanjut.
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan