
Sulit
5 tahun
Masalah Haid Tidak Teratur Hampir 3 Bulan
Salam sejahtera. Saya berumur 22 tahun. Belum berkahwin dan bakal berkahwin. Saya mengalami masalah haid yang tidak teratur. Sebelumni paling lewat period dalam seminggu atau dua minggu. Tapi sekarang sudah hampir 3 bulan period tak datang. Adakah ini akan memberi risiko kepada saya pada masa akan datang? Ia sangat memberi tekanan kepada saya. Dan jika saya perlukan rawatan, klinik mana yang saya perlu rujuk? Swasta atau kerajaan? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
gaya hidup yang aktif
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
Keguguran
Kehamilan ektopik
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Klinik swasta dan juga kerajaan dapat memberikan sepatutnya bagi mengekang keadaan yang sedang anda alami kini.Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Terima kasih.