Anonymous
6 tahun
Masalah haid yang berpanjangan
sya umur 32 sya mngalami haid berpanjagan 3 bln berturut2, sya dtg haid 2 kli dlm sebulan… sya nak tahu masalah sya ni mcm mna
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































