Sulit
4 tahun
Masalah haid yang tak datang selama 3 bulan tp cek upt negetif
Sy surirumah umur 28y . Mslh sy adalah period xdatang selama 3 bulan , tp dah cuba cek tp kptsn negetif … Sblm ni xpernah lmbt period . Sejak 8bulan lepas period ni xteratur .Bile period xdatang kepala asyik sakit dan selalu rasa stress … Perut pun ada trasa sakit dkt sbelah kiri . Kenapa ya?bhaya tak dktr ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid. Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya anda ragu tentang kondisi anda, sila ke klinik untuk lakukan ujian kehamilan lain dan pemeriksaan lanjut.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

























