
Sulit
4 tahun
Masalah haid yang tak teratur dan lambat datang haid
Sy wanita 27thn, berkahwin sy tidak datang haid selama 3 bulan dan lepastu datang haid blik dlm 2-3hr sahaja … N then bulan seterusnya xdatang pulak 2-3 bulan tp cek upt negetif . Adakah ia normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh berpunca daripada beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kehamilan
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Anda disarankan untuk mengulang ujian kehamilan (UPT) setelah 7-14 hari tidak datang haid lagi. Hal ini kerana hasil UPT boleh menjadi negatif, sekiranya terlalu awal dilakukan.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!