
Sulit
4 tahun
Masalah haid yang telah lewat
Saya berumur 40 tahun.bulan lepas tidak didatangi haid dan jika dikira sudah lewat 16 hari.belum uji kehamilan.jika betul saya hamil, adakah selamat saya gugurkan kandungan ini kerana saya tidak ingin mengandung lagi berikutan faktor umur & kesihatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu atau berhenti.
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Kami juga memahami kebimbangan anda untuk tidak mengandung lagi berikutan faktor usia dan kesihatan tetapi kami syorkan anda untuk berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan pemeriksaan kehamilan dan tindakan yang lebih tepat.
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih