
Sulit
5 tahun
Masalah hidung dan tekak (sleep apnea?)
Saya seorang student berumur 22. Saya tak pasti tentang masalah yang saya hadapi tapi saya perasan dan kawan juga pernah tegur yang saya tidur berdengkur. Saya berdengkur hampir Setiap hari walaupun ada hari yang tidak memenatkan.
Kadang tu lepas balik kelas, tidur sekejap pun dah boleh berdengkur.
Kalau malam pula, lagi rancak bunyi nya. Kawan saya tegur kata nya saya berdengkur kuat, malu saya dibuatnya bila ditegur mcm tu.
Saya pun perasan juga saya kerap bersin, hidung tak selesa dibuatnya. Nak cakap ada resdung, rasa nya tidak pulak. Saya dah check simptom resdung tapi saya tak ada pula kegatalan hidung yang kerap dan hidung berbau busuk.
Tapi yang saya paling pelik, saya tiada gejala batuk pun tapi tekak saya ada kahak yang susah nak keluarkan.
Saya terpaksa membuat ‘cara’ menggunakan hidung superti membuat bunyi babi (maaf) untuk keluarkan kahak sebab saya dapati cara begitu berkesan. Saya rasa kan hidung dan tekak saya cukup tidak selesa.
Setiap kali saya bangun pagi sahaja, hidung saya tersumbat dan saya dapati tekak seperti banyak kahak tersekat.
Saya kurang pasti adakah masalah saya ni teruk dan perlu berjumpa doktor atau masalah saya ini perkara biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah berdengkur sewaktu tidur terjadi apabila terdapat sumbatan pada saluran pernafasan bahagian atas. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsil yang membesar
- Obstructive sleep apnea yaitu ialah keadaan apabila otot tekak menghalang laluan udara semasa tidur
- Masalah hidung tersumbat
- Obesiti
- Masalah pembentukan tulang muka
- Hypothyroidism
- Acromegaly - masalah hormon pertumbuhan yang berlebihan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dikhuatiri dapat menganggu kualiti tidur anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Merujuk kepada masalah hidung, terdapat pelbagai masalah kesihatan lain yang boleh mempunyai gejala yang mirip resdung, antaranya:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.