
Sulit
4 tahun
Masalah hiv rapid test kit
saya nak tanya saya ada beli hiv rapid test kit
di di shopee pertama saya guna result test is negatif
jadi saya simpan 3-4 hari line masih negatif
sampai hari ini timbul line sangat blurr pada garisan T
adakah itu hasil test ??? saya dah beli 3 rapid test kit
dan hasil ke tiga2 semua negatif yang yang ke 3 ni
timbul garis blur lepas 5 hari

4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, HIV boleh diuji melalui cara “Rapid Test Kit” dan analisa darah dan ya, kedua-duanya merupakan ujian yang boleh dipercayai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.