Sulit
4 tahun
Masalah hubungan suami isteri tiada seri
Salam doktor. Saya sdh berkahwin. Baru 2 bln. Sy hnya ingin bertanya berkenaan suami saya. Suami sy tdk pernah minta utk ‘bersama’ Malam pertama kami adalah bulan kdua pnikahan kmi. Dia pernah cb utk kekalkan zakar dia keras tp tak lama. Sy adalah sdikit berprasangka buruk kmungkinan dia mmg tiada perasaan thdp sy. Tp suami sy mengatakan bhw mungkin dia x sdia atau ttlu stress. Sy ada nasihatkan suami utk buat pemeriksaan. Brgkali dia malu. Boleh doktor bg cdgn lain utk atasi mslh ni?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami suami puan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan gangguan ini adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat gangguan seksual ini adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat menggangu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat menggangu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawtaan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

































