raifrawkerss
3 tahun
Masalah jantung dan tangan mengigil seperti tak makan rasa lapar
Saya Berumur 26 tahun… saya ada rasa tangan mengigil dan rasa tak selesa… sebelum ini saya ada masalah sesak nafas…tp selepas minum minyak zaitun… masalah itu hilang… cuma sekarang tangan selalu mengigil… apakah puncanya? apa yang boleh saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Essential tremor
Kesan sampingan ubat
Penyakit cerebellar
Terlebih kafein
Pengambilan alkohol
Masalah anxiety
Tahap gula rendah
Penyakit huntington
Penyakit parkinson
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





























