
Sulit
4 tahun
Masalah kebimbangan mengenai penyakit
Saya ada tabiat bimbang n resah(takut) mengenai sesuatu penyakit.bila resah tu berlebihan saya akan berasa mual n muntah². Ada cara mcm mana nak hilangkan tabiat saya ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, jika masalah mual muntah disebabkan oleh keresahan anda, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut demi kesihatan minda dan tubuh anda. Anda boleh melakukan beberapa aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada perkara tersebut seperti melakukan hobi anda atau dapatkan pertolongan dengan meluahkan perasaan anda kepada ahli keluarga/rakan terdekat.
Selain itu, masalah mual muntah juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, seperti:
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih