
Sulit
4 tahun
Masalah kecacingan tidak selesai
Hello doc, beberapa minggu yang lepas saya telah mengambil ubat cacing jenama champs dos 2 biji. Tapi saya mendapati tanda kecacingan seperti kembung perut dan berbunyi serta gatal di bahagian dubur masih ada tapi tidak berapa kerap dari sebelum. Bolehkah saya mengambil ubat cacing semula dan menambah dos dengan memakan 2 biji selama 3 kali berturut-turut? Apa kesan sampingan sekiranya saya terlebih dos makan ubat cacing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, seseorang itu perlu mengambil ubat cacing sekiranya beliau mengalami masalah jangkitan cacing. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut untuk memastikan sama ada anda mengalami jangkitan cacing ataupun tidak.
Berikut merupakan kesan sampingan:
- Sakit perut
- Loya
- Muntah-muntah
- Cirit birit
- Pening kepala
- Masalah hati
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Berkenaan persoalan anda mengenai penggunaan ubat cacing secara kerap, kami sarankan anda berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu kerana pengambilan ubat cacing yang terlalu kerat boleh mendatangkan kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.