
Sulit
4 tahun
Masalah kegatalan di bahagian vagina,masalah pompuan,
Hello ,sya umur 22 tahun…belum kawin …saya nak tnya ,di bahagian vagina ada rasa gatal dan tidak rasa pedih or nana semua just rasa gatal di hari ke 5 ada keputihan di dalam vagina yg pekat sangt…menutupi vagina…boleh terang kan apa masalah ya…ini suda 5 hari dia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kegatalan pada faraj dan keputihan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan tentang penyebab masalah ini. Antaranya ialah:
- jangkitan kulat
- iritasi kulit
- jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI)
- kudis buta
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu, jawapan ini hanyalah keterangan am berkaitan masalah yang anda hadapi. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih