
Sulit
4 tahun
Masalah kegatalan pada vagina
Sy wanita berumur 24 thn …dan sy mengalami kegatalan pada vagina yang menyebabkan bengkak, pedih ketika kencing dan keputihan.apakah rawatan yang sesuai bg masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Bacterial vaginosis
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang memuaskan
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Berkaitan rawatan pula, ia bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Untuk menangani masalah ini, beberapa perkara boleh dilakukan:
- Penggunaan antibiotik atau antikulat, tetapi ini memerlukan preskripsi dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu kerana diagnosis dan punca perlu diketahui
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kawasan kemaluan
- Elakkan dari menggunakan pakaian dalam yang lembap
- Menggunakan pakaian dalam yang berasaskan kapas
- Elakkan dari menggunakan pencuci wanita terlalu kerap
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.