
Sulit
5 tahun
Masalah kehamilan ataupun tidak
Saya wanita berumur 22 tahun, pernah melalukan hubungan intim. Semasa melakukan hubungan intim, kami tidak menggunakan apa apa perlindungan. Tetapi pasangan sempat menarik keluar zakar kerana sudah rasa hendak pancut. Masalah saya dekat sini, saya mahukan kepastian adakah tidak ada sedikit sisa pun yg ada tinggal di rahim saya ketika hubungan intim. Jika mahu tunggu waktu period saya, masih ada lagi seminggu lebih. Saya tidak pasti sama ada air mani itu ada ataupun di rahim saya. Dan saya tidak tahu kebarangkalian saya utk hamil itu ada ataupun tidak(kerana tidak pasti tntg air mani tadi). Jadi apakah langkah utk saya buat sebelum berlakunya kehamilan ataupun tidak? Tolong bagi cadangan, berdasarkan apa yg saya google makan ubat postinor, betul ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Justeru, sekiranya anda memilih untuk mengambil Postinor, diingatkan bahawa ia hanya berfungsi jika diambil dalam tempoh 72 jam setelah berhubungan. Sekiranya anda telah melewati 72 jam, silakan untuk merujuk doktor untuk maklumat lanjut.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.