
Sulit
3 tahun
Masalah kehamilan check upt sama ada hamil atau pun tidak
Salam sejahtera doc , sya wanita 20-an … pada 16/6/21 1430 ptg saya check upt , ia mendapati positif … pada 17/6/21 0500 pgi saya lakukan upt kali kedua tetap positif … selepas itu ,17/6/21 1000 pgi saya lakukan sekali lg , tetapi negetif … boleh doc terangkn ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kekeliruan anda mengenai keputusan ujian kehamilan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi positif, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Berikut pula punca yang menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi kabur atau negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Oleh itu, bagi mendapatkan kepastian dan keputusan yang lebih tepat, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di klinik atau pusat kesihatan berdekatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.