
Anonymous
5 tahun
Masalah kekejangan perut
Saya wanita 20’an dan sudah berkahwin. Haid saya adalah regular. Hari ini suda lewat 7hari dan saya mengalami krem pada perut dan breast saya sakit serta back pain. Selain itu juga sa merasakan stomach bloating.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan gejala yang anda hadapi, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami simptom sedemikian antaranya:
- Gejala sebelum haid
- Tanda awal kehamilan
Antara penyebab haid lewat adalah:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya anda mengesyaki hamil, sila lakukan ujian UPT untuk mengesahkan status kehamilan. Kit ini boleh didapati dari mana mana farmasi dan mudah digunakan. Sekiranya hamil, sila rujuk ke klinik untuk pemantauan kehamilan anda. Jika UPT negatif, sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca haid lewat anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.