
Sulit
3 tahun
Masalah Kelain Lelaki
saya lelaki 20 an…hari ini pada kemaluan saya, saya menjumpai satu biji seakan biji timun yang berwarna putih pada zakar say… dia berada dalam kulit dibawah zakar saya… adakah perkara ini normal doktor… sebelum ni perkara ini pernah terjadi dimana satu biji butir tembikai keluar dari kulit zakar saya… tp biji itu saya dapat keluarkan sendiri kerana separuh berada dalam kulit dan separuh berada luar kulit jadi saya dapat tariknya keluar… tapi kali ini biji tersebut seakan ad sepenuhnya adalam kulit zakar saya dan saya tak tahu cara untuk mengeluarkan nya… jadi apakah saranan doktor terhadap masalah saya ini??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ruam peluh
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus pada kulit
- Jangkitan kelamin seperti gonorea atau sifilis
- Penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
Hilangkan kegusaran berkenaan masalah kelamin anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.