Sulit
4 tahun
Masalah kelamin kepala zakar ada tompok merah
Hi dr,sy lelaki umor 30an,nak tanya kepala zakar ade tompok merah dan kering,bila keadaan tegang kelihatan seperti kulit yang melecur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh banyak punca seperti:
- Dehidrasi
- Kecederaan lama pada alat sulit
- Masalah kesihatan lain yang menjejaskan kelembapan kulit anda
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































