
Anonymous
5 tahun
Masalah kelamin wanita
Isteri saya telah dijangkiti kuman dialat sulit. Bagaimana caranya utk saya melakukan rawatan. Utk pengetahuan doc kami telah mendapat rawatan dia klinik swasta dan juga kerajaan. Kami juga dibekalkan ubat antibiotic dan juga ubat sirut bengkak. Apa yg saya lihat keadaan kemaluan isteri saya makin bertambah teruk. Apalah yg perlu kami lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vaginosis bakteria.
- Penyakit kelamin (STD).
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina).
- Perengsa kimia. (kondom, bahan pencuci pakaian, sabun)
Isteri anda disarankan untuk:
- mengambil krim antikulat bagi jangkitan kulat/ makan antibiotik
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.