
Sulit
3 tahun
Masalah kelamin yang melecet,luka sakit dan gatal serta ada benda kecik warna putih di kemaluan
Saya lelaki umur 19 tahun, saya mempunyai masalah kemaluan yang setiap hari rasa gatal dan timbul biji putih di kemaluan. semakin teruk bila ia mula melecet dan berair di tempat luka pada kemaluan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah melecet pada bahagian kemaluan disertai dengan masalah luka, sakit, gatal dan terdapat biji putih pada kemaluan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
- Penggunaan pakaian dalam yang berulang
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jangkitan penyakit kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.